Monday, December 12, 2011

Revolusi Handphone, Telefon Pintar

Tags

Hye semua,
Sejak kebelakangan ni kita selalu dengar pasal telefon pintar, dan ia sangat diperlukan pada zaman sekarang ni. Apa fungsi utama telefon pintar ataupon smartfon yang anda selalu gunakan? opkos la kemudahan internet, betul x? kenapa ia sangat diperlukan sekarang? Kerana untuk melayari fesbuk, twitter, blog dan sebagainya kan. Ini menunjukkan teknologi di Malaysia sudah maju. Semuanya dihujung jari anda.

Semalam aku ada terbaca pasal touchscreen vs not touchscreen handphone kat satu blog, memang betul, kalau gunakan henpon yang biasa, memang senang digunakan, xperlu menggunakan kedua-dua belah tangan anda untuk menaip SMS, satu tangan sudah mencukup jika anda seorang yang cekap untuk berSMS. Jika telefon anda adalah jenis yang touchscreen, anda perlu menggunakan kedua-dua belah tangan anda untuk menaip SMS, betol x? satu untuk pegang henpon, satu lagi untuk tekan-tekan skrin tu.

Tapi, kedua-dua jenis henpon ni ada kelebihan dan kekurangan dia. Pasal kelebihan dan kekurangan henpon ni, anda google le sdirik, saya malas nk carik. Apa yang saya ingin perkatakan disini adalah berkaitan dengan revolusi telefon yang ada di pasaran sekarang. Jika dulu, kita boleh lihat NOKIA ada pelopor utama dalam bidang telefon mudah alih ni, tapi sekarang terlalu banyak syarikat2 lain yang mengeluarkan pelbagai model baru yang mempunyai pelbagai fungsi selain untuk membuat panggilan dan SMS. Jika dulu nokia adalah pelopor utama, sekarang apa yang saya dapat lihat SAMSUNG lebih mendominasi pengeluaran telefon mudah alih ini. Selain itu, Blackberry, HTC, CLS, Apple, Motorola dan sebagainya turut mengeluarkan model-model baru.

Samsung opkos mengeluarkan model Galaxy beliau samada Galaxy Tab atau pon Smartfon, jika kita tengok kat kedai henpon, terlalu banyak model yang dikeluarkan oleh samsung. Seingat saya, Dengan harga RM299, Samsung Corby II adalah model paling murah tetapi cantik, dan mempunyai wifi. Saya rasa ini adalah model yang paling murah dan mempunyai wifi jika dibandingkan dengan henpon lain. Kalau samsung galaxy ace, galaxy ace, galaxy mini tu memang mahal la skit harga dia.

Itu samsung, jika kita lihat model-model keluaran dari HTC, CLS, Apple, Motorola, kebanyakkan mempunyai fungsi wifi untuk melayari internet. kalau nak tahu lebih lanjut pasal model-model terbaru ni, anda boleh la pergi ke kedai henpon berdekatan dengan anda, dan anda tengok la sendiri betapa banyaknya model-model smartfon sekarang ni. Erk, jika anda mahu beli yang best2, sediakanlah duit secukupnya. Tak pe kuar duit sekali sekala, asal anda berpuas hati dengan kecanggihan smartfon anda itu.

Dengan itu, sekian saja dari saya.

3 comments

dulu sewaktu aku memiliki nokia n8,, aku rasakan telepon au antara terbest dah,, dengan kamera 12mp,, dan ciri-ciri hebat yang lain,, last2 tak sampai 2 bulan aku rasa telefon aku dah makin ketinggalan huhu

Pekok koen..... pilih hp nokia. Plih samsung smartphone psling digdaya di jaman android briw

Pekok koen..... pilih hp nokia. Plih samsung smartphone psling digdaya di jaman android briw