Tuesday, October 9, 2012

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Lipis Oktober 2012

Tags


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas (Keutamaan kepada Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur dan pemohon yang dilahirkan di Daerah Lipis), yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut di Majlis Daerah Lipis, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

1. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U17

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDL.Jawat 1/01 yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Daerah Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur atau layari di Laman Web MDL iaitu www.mdlipis.gov.my

Calon-calon yang memohon Borang MDL.JAWAT 1/00 melalui pos dan laman web MDL mestilah menyertakan sampul surat berukuran 10 sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta mempunyai setem RM 0.60 sen. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat
seperti dibawah : -

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Lipis
Aras 4, Bangunan Lipis Centrepoint,
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur.

Tarikh Tutup sebelum atau pada : 19 Oktober 2012 (Jumaat)