Saturday, October 20, 2012

Jawatan Kosong Di Yayasan SOFA Oktober 2012

Tags


Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) yang telah ditubuhkan pada 17 Februari 2004 sebagai nadi kepada aspek-aspek pembangunan modal insan, pendidikan dan penyelidikan ilmu-ilmu Islam berasaskan kepada tiga sendi agama iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Dengan berlandaskan pegangan Ahli Sunnah wal Jama’ah yang berteraskan kepada al Quran, as Sunnah, Ijma’ dan Qias, Yayasan Sofa memikul tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan misi dan visinya. Sehubungan itu, YSNS ingin menawarkan kepada pemohon yang berkelayakan untuk mengisi pelbagai jawatan kosong di institut-institut pendidikan yang terletak di Negeri Sembilan dan Selangor.

1. GURU AKADEMIK ( DG41 )- 10 kekosongan
2. GURU AGAMA/USTAZ@USTAZAH ( DG41 )-12 kekosongan
3. GURU TAHFIZ/ HAFIZ ( DG41 )-3 kekosongan
4. PENSYARAH ( DG41 )- 6 kekosongan
5. PENGURUS ( N41 )- 1 kekosongan
6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR ( N 27 )- 2 kekosongan
7. PENOLONG PEGAWAI KEWANGAN ( W27 )- 2 kekosongan
8. PENOLONG PEGAWAI MULTIMEDIA ( F27 )- 1 kekosongan
9. PENGAWAL KESELAMATAN ( KP17 )- 1 kekosongan

CARA-CARA MEMOHON :
1. Pemohon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan ONLINE.
2. Resume serta sijil- sijil perlu di email ke ysofa@yayasansofa.com
3. Subjek (tajuk) email adalah mengikut jawatan yang dipohon. Contoh : Penolong Pegawai Kewangan (W27)
4. Status jawatan adalah KONTRAK.
5. Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 16 NOVEMBER 2012.

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini