Saturday, November 9, 2013

Jawatan Kosong Di Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) November 2013

Tags

Jawatan Kosong Di Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) November 2013


Jawatan kosong terkini di Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS). Permohonan adalaah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di SAINS sebagai :-

1. Penguatkuasa

Pengisian bagi jawatan Penguatkuasa di Unit Penguatkuasaan.  Bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja berkaitan penguatkuasaan berdasarkan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan sebagainya.
Jawatan yang ditawarkan adalah jawatan tetap.

Syarat-syarat

    *  Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Diploma.
    *  Berkemahiran dalam penggunaan komputer: Microsoft Word,Excel  dan Power point.
    * Mempunyai pengetahuan berkaitan kerja paip merupakan satu  kelebihan.
    * Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
    *  Mengutamakan mutu dan hasil kerja serta boleh bekerja dalam kumpulan.
    * Memiliki tubuh badan yang sihat, tahan lasak dan boleh mengikut  arahan.
    * Tahu seni mempertahankan diri merupakan satu kelebihan.
    * Mengetahui kawasan di Negeri Sembilan adalah satu kelebihan.
    * Mempunyai lesen memandu (B2, D)

Sesiapa yang berminat sila email/hubungi kami dan lampirkan butir-butir peribadi anda dengan gambar berukuran passport pada atau  sebelum 15 November 2013 kepada:

Bahagian Sumber Manusia,
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Email : hr_sains@sainswater.com

Tarikh tutup permohonan pada 15 November 2013
Lokasi : Negeri Sembilan
Sektor : Berkanun