Monday, May 27, 2013

JAWATAN KOSONG di Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan

Tags

Pemohon-pemohon yang berkelayakan adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan seperti berikut: 

Jawatan : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) 

Jabatan : Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan 

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan 

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan sokongan 

Taraf Jawatan : kontrak 

Tempoh kontrak : 3 bulan 

Kadar upah : RM 54.00 sehari

Kekosongan : 4 orang (2 lelaki, 2 perempuan) 

Syarat Lantikan: 

a) Warganegara Malaysia 
b) Sijil Pelajaran Malaysia / kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
c) Lulus Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya. 

Permohonan hendaklah dilakukan dengan menghantar resume beserta gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik dan persekolahan yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan A kepada: 

Pengarah 
Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan, 
Tingkat 18, Bangunan KWSP, 
Jalan Dato’ Dalam, 
80000 Johor Bahru Johor
Tel: 07-2226503 
Fax: 07-2226607/04 

Tarikh tutup: 29 Mei 2013 (Rabu)
Tarikh temuduga: 31 Mei 2013 (Jumaat)

Jawatan Kosong Di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) May 2013

Tags

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mempelawa rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut :

1. Pegawai Peperiksaan
2. Pegawai Teknologi Maklumat
3. Pembantu Tadbir

Tarikh tutup permohonan 31 May 2013

Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Jun 2013

Tags

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut

1. Pegawai Penguatkuasa L11

KRITERIA KELAYAKAN PENGAMBILAN PEGAWAI PENGUATKUASA SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (SPAD)

SPM / STPM. Syarat-Syarat Kelayakan.

a. 4 kredit (termasuk lulus Bahasa Melayu).
b. Pengalaman bekerja tidak kurang dari 5 tahun.
c. Umur 23 tahun – 32 tahun.
d. BMI antara julat 19 hingga 30.
e. Tinggi : Lelaki =1.62 M (5’4”) ke atas Perempuan = 1.57 M (5’2”) ke atas.
f. Berat : Lelaki = 48 Kg ke atas Perempuan = 46 Kg ke atas.

DIPLOMA. Syarat-Syarat Kelayakan.

a. SPM 4 kredit (termasuk lulus Bahasa Melayu) dan CGPA 2.3.
b. Pengalaman bekerja tidak kurang dari 2 tahun.
c. Umur 23 tahun – 32 tahun.
d. BMI antara julat 19 hingga 30.
e. Tinggi : Lelaki =1.62 M (5’4”) ke atas Perempuan = 1.57 M (5’2”) ke atas.
f. Berat : Lelaki = 48 Kg ke atas Perempuan = 46 Kg ke atas.

IJAZAH. Syarat-syarat Kelayakan.

a. SPM 4 kredit (termasuk lulus Bahasa Melayu) dan CGPA 2.3.
b. Pengalaman bekerja tidak kurang dari 1 tahun.
c. Umur 23 tahun – 32 tahun.
d. BMI antara julat 19 hingga 30.
e. Tinggi : Lelaki =1.62 M (5’4”) ke atas Perempuan = 1.57 M (5’2”) ke atas.
f. Berat : Lelaki = 48 Kg ke atas Perempuan = 46 Kg ke atas.

4. Taraf Jawatan: Kontrak

5. Fungsi/Bidang Tugas :

a. Menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan mengikut undang-undang dengan tegas, berhemah dan berkesan sepanjang masa.

b. Menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas pemandu teksi, bas dan lori yang didapati melanggar mana-mana peraturan yang terkandung di dalam Akta SPAD.

c. Membuat siasatan ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan mengikut Akta SPAD.

d. Menyemak siasatan yang dilakukan serta mengambil tindakan yang sewajarnya dalam waktu yang singkat.

Lokasi temuduga : Subang, Kuala Terengganu, Penang, Johor Bahru (sila pilih lokasi temuduga)

e-mail kepada : career@spad.gov.my

Tarikh tutup: 9 Jun 2013

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Jun 2013

Tags

Pemohon-pemohon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut bagi kursus kokurikulum yang disenaraikan seperti berikut:

1. Pensyarah Sambilan
2. Jurulatih Sambilan 
3. Demonstrator Sambilan

Pemohon hendaklah menghantar borang permohonan yang telah lengkap diisi dalam 2 (dua) salinan berserta:

i. Resume/Curriculum Vitae (CV) yang terkini.

ii. 2 (dua) gambar berukuran Pasport.

iii. Salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

- Salinan Sijil yang berkaitan/Diploma / Ijazah
- Salinan Transkrip
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Kelahiran

Pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai-pegawai sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Pemohonan yang tidak mengikut prosedur tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada:

PENOLONG PENDAFTAR
PUSAT KOKURIKULUM & PEMAJUAN PELAJAR
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
ARAS 2, DEWAN CANSELOR
JALAN UMS, 88400 KOTA KINABALU, SABAH
NO TEL: 088-320000 (EXT: 4106/4108)
NO FAKS: 088-320885

Tarikh tutup permohonan 23 Jun 2013 

Jawatan Kosong Di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) Jun 2013

Tags

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang  dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) seperti berikut:


1. Pegawai Ehwal Ekonomi
2. Pegawai Teknologi Maklumat



Permohonan hendaklah dibuat secara secara muat turun borang permohonan melalui portal korporat www.mtib.gov.my dan emelkan ke erecruitment@mtib.gov.my dan boleh  menggunakan perkhidmatan MySMS dengan menaip MTIBJAWATAN dan hantar ke 15888.  Pernyataan Skim Perkhidmatan dan syarat-syarat lain untuk permohonan jawatan berkenaan boleh didapati melalui laman web www.mtib.gov.my. Pernyataan Skim Perkhidmatan dan syarat-syarat lain untuk permohonan jawatan berkenaan boleh didapati melalui laman web www.mtib.gov.my. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung di Unit Pengurusan Sumber Manusia (Perjawatan) di alamat berikut:  



LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Tingkat 13-17, Menara PGRM
No. 8, Jalan Pudu Ulu
P.O. Box 10887
50728 Kuala Lumpur
(u.p. Unit  Pengurusan Sumber Manusia)
No. Telefon : 03-92822235



Tarikh Tutup Permohonan Pada 7 Jun 2013 (Jumaat) 


Jawatan Kosong Di UITM Perak Jun 2013

Tags

Universiti Teknologi MARA (Perak) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak bagi jawatan lantikan/kenaikan pangkat di Kampus Seri Iskandar dan Tapah bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1 JURUTEKNIK (AWAM)
2 PENYELIA ASRAMA
3 KERANI

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh didapati dengan datang sendiri ke Pejabat Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA (Perak), Seri Iskandar, Perak atau dengan melayari laman sesawang Universiti Teknologi MARA (Perak) di http://www.perak.uitm.edu.my

Tarikh tutup permohonan ialah pada 05 JUN 2013 (RABU)

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERAK)
KAMPUS SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
NO.TEL: (05) 374 2044/2045/2042 


Jawatan Kosong Di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Jun 2013

Tags

Jawatan kosong sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Berikut adalah jawatan yang ditawarkan:-

1. PEGAWAI SOKONGAN OPERASI TEKNIKAL (SAMBILAN)

SYARAT LANTIKAN:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
  • Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
  • Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik ( Komputer ) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
  • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SENARAI TUGAS :
  • Mengurus dan menyelia sistem Bantuan Pengguna iaitu melalui Manage Engine Helpdesk System dan panggilan telefon semasa waktu bekerja kerajaan iaitu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang 5 hari seminggu.
  • Memastikan semua modul dalam HIS sentiasa berfungsi dan boleh digunakan oleh pengguna.
  • Mengawasi masalah-masalah berkaitan modul masing-masing yang telah di log ke dalam Manage Engine dan mengambil tindakan sewajarnya sehingga selesai.
  • Membantu membuat kerja-kerja penyenggaraan pencegahan dan penyenggaraan perlindungan peralatan ICT yang berkaitan dengan kumpulan modul masing-masing.
  • Membantu menyelaras dan menyelia urusan perekodan inventory peralatan ICT projek HIS :
  • o Merekodkan peralatan
  • o Mengemaskini stok peralatan
  • o Merekodkan penyelenggaraan peralatan
  • o Merekodkan pergerakan peralatan
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

2. PEGAWAI SOKONGAN OPERASI BANTUAN PENGGUNA (SAMBILAN)

SYARAT LANTIKAN:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
  • Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
  • Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SENARAI TUGAS :
  • Membantu menyelaras dan menyelia Bantuan Helpdesk melalui panggilan telefon dan Manage Engine Helpdesk System selama 24 x 7 seminggu secara 3 syif (9 jam) sehari.
  • Membantu menerima aduan daripada pengguna dan melapor masalah HIS dalam sistem Manage Engine untuk pembaikan.
  • Membantu menyelaras dan menyelia masalah-masalah yang telah di log ke dalam Manage Engine supaya tindakan diambil sewajarnya sehingga selesai.
  • Membantu membuat kerja-kerja penyenggaraan pencegahan dan penyenggaraan perlindungan perkakasan ICT dalam projek HIS seperti membuat ‘back-up’, membaiki kerosakan dan lain-lain.
  • Membantu menyelaras dan menyelia urusan perekodan inventory peralatan ICT projek HIS :
  • o Merekodkan peralatan
  • o Mengemaskini stok peralatan
  • o Merekodkan penyelenggaraan peralatan
  • o Merekodkan pergerakan peralatan
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
PERKHIDMATAN :
  • Tempoh Perkhidmatan: 3 Bulan.
  • Bergantung kepada keperluan, peruntukan dan prestasi perkhidmatan akan disambung selama 3 bulan lagi.
  • Masa Bekerja: 9 jam sehari secara syif (1 jam rehat setiap syif) 5 hari seminggu termasuk Sabtu, Ahad & hari kelepasan am (hari cuti bergantung kepada jadual syif)
  • Gaji = RM54/Sehari (termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Pemohon boleh menghantar resume yang disertakan gambar terkini berukuran passport dan salinan sijil-sijil/transkrip yang telah disahkan ke alamat seperti berikut:

Ketua Unit
Teknologi Maklumat Unit Teknologi Maklumat
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
Jalan Maran 28000 Temerloh
Pahang

Atau; Emelkan terus kepada : itadminhoshas@phg.moh.gov.my SEBELUM 4 Jun 2013 (Selasa) jam 5.00 Petang

TARIKH TEMUDUGA BAGI PEMOHON YANG BERJAYA : 6 Jun 2013 (Khamis) TEMPAT

TEMUDUGA : Bilik Mesyuarat Unit Teknologi Maklumat, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

** Sila bawa salinan sijil asal semasa temuduga

Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Unit Teknologi Maklumat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh di talian 09-2955333 ext. 1364

Temuduga Terbuka Di POS MALAYSIA May 2013

Tags

Pos Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong berikut :

1. Eksekutif
2. Penyelia
3. Kerani

Tempat : temuduga Pusat Jobsmalaysia Kelana Jaya
Tarikh dan Masa : 30 May 2013 , 10 pagi - 4 Petang

Jawatan Kosong Di Kolej RISDA Mei 2013

Tags

Kolej RISDA mempelawa calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong seperti berikut :

1. Pensyarah


1Fakulti Agro Sains1.Ternakan
2.Sains Pertanian
2Fakulti Pengurusan Perniagaan1.Pengurusan /keusahawanan
2.Perakaunan
3Fakulti Sains Komputer1.Rangkaian Komputer
2.Pengaturcaraan/Kejuruteraan Perisian
4Fakulti Pengajian Umum1.Matematik
2.Bahasa Inggeris 3.Syariah 4.Sains Sosial/ Komunikasi


Syarat-syarat umum lantikan: 

  • Hendaklah warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan. Calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana adalah diberi keutamaan.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran passport, biodata, transkrip lengkap serta sijil-sijil berkaitan ke alamat seperti di bawah: 

UNIT SUMBER MANUSIA
KOLEJ RISDA
LOT 2020, AYER PAABAS
78000 ALOR GAJAH
MELAKA 

TARIKH TUTUP : 31 Mei 2013.

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Pahang (UMP) May 2013

Tags

Universiti Malaysia Pahang (UMP) mempelawa calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong se[erti berikut :

1. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN
2. PEMBANTU MAKMAL

Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://apps.ump.edu.my/online/eRecruitment.jsp

Tarikh tutup permohonan 31 May 2013

Jawatan Kosong Di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) Jun 2013

Tags

Permohonan adalah dipelawa dari warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-

1. Penolong Pegawai Tadbir
2. Pembantu Tadbir ( Kewangan )
3. Pembantu Am Pejabat
4. Pelatih Pengurusan

Keutamaan akan diberikan kepada rakyat Perlis yang boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik.

Borang permohonan boleh didapati dengan melayari web rasmiI PKENPs http://www.pkenps.gov.my. Permohonan hendaklah sampai kepada :-

Pengurus Sumber Manusia
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
173-191, Taman Kemajuan
01000 Kangar Perlis

Tarikh tutup permohonan 7 Jun 2013

Jawatan Kosong Di Jabatan Perangkaan May 2013

Tags

Nama Jawatan : Pembantu Perangkaan E17

Keterangan Kekosongan : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) 

Gaji harian RM54.00 

Berumur 18 tahun ke atas 

Sekurang-kurangnya memiliki SPM 

tarikh & tempat temuduga : 29 Mei 2013 9.00 pagi - 3.00 petang 

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA 
WILAYAH PERSEKUTUAN 
Tingkat 6, Wisma KWSG 
Jalan Kg. Attap 
50460 KUALA

Pengalaman Berkaitan Diperlukan : 0Bulan

Status Jawatan Kosong : 3 - 6 bulan

Bilangan Kekosongan : 30

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mei 2013

Pekerjaan Ini Sesuai Untuk : Lepasan Sekolah/IPT

Waktu Bekerja : Normal

Gaji Ditawarkan : RM 1000

Jantina : Tidak Memilih

Taraf Perkahwinan : Tidak Memilih


untuk memohon sila ke portal jobsmalaysia kemudian buat carian segera " JABATAN PERANGKAAN W. PERSEKUTUAN" pilih majikan.

Job Vacancies At Bank Islam June 2013

Tags

Bank Islam Malaysia Berhad aims to play a meaningful role in fostering economic development and social progress in Malaysia. Employing over 4,000 people, Bank Islam hopes to contribute in the development of knowledge and expertise in Islamic banking and finance in Malaysia.

Available Vacancy

1. Branch Manager
2. Customer Service Officers & Operations Officers
3. Clerk/Teller
4. Business Financial Executive 

Closing date 30 June 2013

Thursday, May 16, 2013

Kekosongan jawatan di Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn Bhd

Tags
Kekosongan jawatan di Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn Bhd sbg:-


1) Pensyarah Kulinari 
-Sarjana Muda Seni Kulinari

2) Pensyarah Perhotelan
-Sarjana Muda Perhotelan

Sekiranya berminat bolehlah menghubungi KYPJ di talian 07-2367829 @ pm kami nama, no tel dan juga tahap pendidikan anda.


Jawatan Kosong Kerajaan (SPA) Mei 2013

Tags

Iklan jawatan kosong kerajaan (Perkhidmatan Awam) Mei 2013


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipealawa untuk mengisi jawatan kosong dalam perkhidmatan awam seperti berikut :

1. Jurubahasa (bahasa Melayu & bahasa Cina)

49 Kekosongan

permohonan melalui portal SPA http://www.spa.gov.my/Portal/

tarikh tutup 26 Mei 2013

Jawatan Kosong Kolej Kemahiran Tinggi MARA Mei 2013

Tags

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kemaman Terengganu.

(a) Jawatan : Juruteknik Bangunan (Gred J17)
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(c) Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan
(d) Skim Perkhidmatan : Juruteknik
(e) Taraf Jawatan : Sambilan

Bil. Kekosongan : Satu (1)

Jadual Gaji : RM50.00/hari

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ini;

(c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(d) Mempunyai Sijil dalam bidang Bangunan atau Sivil yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ;

i. secara bertulis dengan mencatatkan butir-butir peribadi serta kelayakan yang diperlukan (Resume)
atau

ii. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MARA yang boleh didapati di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kemaman, Jalan Mak Lagam, 24000 Kemaman, Terengganu atau di pusat-pusat dimana iklan jawatan kosong ini dipamerkan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 21 Mei 2013 (Hari Selasa).

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah dan juga gambar berukuran passport.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

Pengarah,
Kolej Kemahiran Tinggi MARA,
Jalan Mak Lagam,
24000 Kemaman, Terengganu

(a) Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Hanya calon-calon yang layak dan melepasi saringan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Calon-calon yang berjaya akan dihubungi, manakala bagi calon-calon lain yang tidak dihubungi selepas 2 bulan dari tarikh temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

Jawatan Kosong Di UNISEL Mei 2013

Tags

1. Pemohon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan beserta sijil-sijil berkaitan. 

2. Subjek (tajuk) email adalah mengikut jawatan yang dipohon. Contoh : Timbalan Bendahari (W48)

3. Borang permohonan boleh dihantar ke email perjawatan@unisel.edu.my

4. Permohonan juga boleh dihantar terus ke alamat seperti yang dinyatakan.

5. Status jawatan adalah KONTRAK.

6. Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 31 Mei 2013.

Borang permohonan boleh dimuat turun DI SINI

Jawatan Kosong Di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Mei 2013

Tags

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara bagi jawatan-Pegawai Penyelidik Gred Q41.

1. Jawatan : Pegawai Penyelidik Gred Q41 (2 Kekosongan)

- 1 kekosongan di Pusat Benih Beseri, Perlis
- 1 kekosongan di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Ibu Pejabat LKTN, Kelantan

Taraf Jawatan : KONTRAK

Jadual Gaji : GAJI P1 2,145.88 - 6,871.56

Syarat-Syarat Lantikan :

- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

- Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan Gred Q41 : P1- RM2,145.88 ] atau;

- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan Gred Q41 : P1- RM2,249.66 ] atau;

- Ijazah Sarjana dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan  yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan Gred Q41 : P1- RM2,664.78 ] dan;

- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-Syarat Tambahan :

Bagi jawatan yang ditawarkan di Pusat Benih Beseri, Perlis.

i. Keutamaan kepada calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Sains Pertanian, Bioteknologi dan Biokimia.

ii. Mempunyai pengalaman kerja sebagai pegawai penyelidik dalam plant breeding dan seed technology atau berkaitan.

iii. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya 6C dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

iv. Mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat ijazah sarjana muda (tertakluk kepada budibicara Jawatankuasa Pemilih)

Fungsi Bidang Tugas 

i. Mengurus dan menyelaras operasi Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf :

- Merancang dan menguruskan aktiviti pemprosesan dan pengeluaranbenih kenaf di pusat pemprosesan

- Menyediakan dan membentangkan kertas cadangan penyelidikan

ii. Merancang dan melaksanakan aktiviti penyelidikan biji benih kenaf.

- Merancang dan melaksanakan penyelidikan pembiakbakaan dan pembangunan benih kenaf bersama dengan agensi penyelidikan berkaitan seperti MARDI dan UPM

- Merancang aktiviti serta bajet projek penyelidikan

- Menilai penentuan hasil penyelidikan bagi tujuan pembangunan

iii. Mengurus dan menyelaras aktiviti dan rekod-rekod berkaitan dengan 
pengurusan makmal R&D

- Menentukan peralatan dan kemudahan makmal yang sesuai untuk 
tujuan penyelidikan

iv. Menyelia kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan oleh kakitangan bawahan

v. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa

Bagi jawatan yang ditawarkan di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Ibu Pejabat LKTN Kelantan.

i. Keutamaan kepada calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Sains
Pertanian, Bioteknologi dan Biokimia.

ii. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebagai pegawai penyelidik dalam agronomy atau berkaitan.

iii. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya 6C dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

iv. Mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat ijazah sarjana muda (tertakluk kepada budibicara Jawatankuasa Pemilih)

Fungsi Bidang Tugas 

i. Mengurus, menyelaras dan melaksanakan aktiviti penyelidikan :

• Merancang dan melaksanakan aktiviti penyelidikan berkaitan 
pembangunan tanaman kenaf bersama dengan agensi penyelidikan
berkaitan

- Merancang aktiviti serta bajet projek penyelidikan

• Menyediakan dan membentangkan kertas cadangan penyelidikan

• Menilai penentuan hasil penyelidikan bagi tujuan pembangunan

• Menjalankan penyelidikan untuk memperbaiki pengeluaran hasil 
tanaman.

ii. Mengurus dan menyelaras aktiviti dan rekod-rekod berkaitan dengan 
pengurusan makmal R&D

• Menentukan peralatan dan kemudahan yang sesuia bagi menjalankan 
penyelidikan

Syarat-Syarat Umum :

Pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat 
Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan 
yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Kemudahan Dan Lain-Lain Elaun :

i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM300.00

ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM250.00 

iii) Bantuan Sara Hidup : Tertakluk kepada penempatan
pegawai

iv) Bayaran Intensif Perkhidmatan Kritikal : 5% dari gaji pokok

i) Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan dengan mengisi Borang LKTN Perj. 2 (Pin.1/2011). Borang permohonan boleh diperolehi menerusi mana-mana cara berikut ; 

a) Dari Ibu Pejabat Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara, Jalan Sultan Yahya Petra, 16150 Kubang Kerian, Kota Bharu. Kelantan ; atau

b) Memuatturun dari laman web kami di www.lktn.gov.my.

ii) Borang permohonan LKTN Perj. 2 (Pin. 1/2011) yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama salinan sijil-sijil akademik, resume, hasil penyelidikan/laporan/sumbangan dan sebagainya. 

iii) Tulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas kiri sampul surat dan satu sampul surat (9 X 4) beralamat sendiri beserta stem.

v) Alamatkan borang permohonan kepada: 

Ketua Pengarah 
Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara
Peti Surat 198
15720 Kota Bharu
Kelantan

v) Tarikh iklan tutup : 21 Mei 2013 (Selasa)

vi) Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil/dokumen asal beserta salinan-salinan fotostat sekiranya dipanggil menghadiri temuduga. 

vii) Pegawai kerajaan yang dipilih untuk menghadiri temuduga hendaklah membawa bersama dokumen-dokumen berikut:

a) Satu salinan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini 

b) Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Bagi Tiga (3) Tahun Terakhir 

viii) Sekiranya pemohon tidak dipanggil untuk menghadiri temuduga dalam tempoh tiga bulan dari tarikh iklan ditutup, permohonan adalah tidak berjaya.