Tips Temuduga

TEMUDUGA
Sebab utama ramai orang gagal dalam temuduga adalah disebabkan oleh beberapa tanggapan salah, atau mitos, tentang apa sebenarnya yang berlaku semasa sesi temuduga dijalankan. Semua orang tahu yang tujuan utama temuduga adalah untuk penemuduga mencari pekerja yang layak untuk sesuatu jawatan, tetapi tidak ramai orang yang memahami bagaimana temuduga dijalankan dan apakah sebab yang membuat seseorang calon itu lebih layak dari yang lain. Ketidakfahaman ini adalah punca utama seseorang calon itu tidak dapat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan semasa menghadiri temuduga dan tidak dapat memberi jawapan yang bernas semasa sesi soaljawab dikemukakan oleh penemuduga. Temuduga tidak mempunyai apa-apa kelainan dari usaha-usaha lain dalam kehidupan ini, lebih baik pemahaman anda tentang bagaimana lancarnya sesuatu temuduga dijalankan (ataupun tidak berjalan lancar), adalah lebih tinggi peluang anda menanganinya dengan jayanya. Dengan memahami secara dinamiknya dasar secara semulajadi sesuatu temuduga, adalah satu permulaan yang penting dalam memperbaiki prestasi anda dalam temuduga.

TIPS TEMUDUGA 1
Mitos No. 1: Calon yang paling layak akan dapat tawaran kerja.
Kerapkali ada kebenarannya tentang perkara ini - terutamanya apabila seseorang itu mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada syarikat yang mengambil kakitangan dalaman untuk kenaikan pangkat. Walaubagaimanapun, ini bukanlah selalu terjadi. Sekiranya seseorang itu berkemungkinan paling layak mendapat jawatan tersebut, ada beberapa kriteria penting yang patut dipatuhi (itupun bukan satu jaminan).
Ini termasuk :-
Ø      penemuduga mahir tentang apakah bentuk soalan yang akan ditanya dan mereka sentiasa peka tentang kebenaran di atas setiap jawapan yang diterima. Kedua-dua perkara ini nampak mudah, tetapi saya pasti yang sebahagian besar daripada mereka yang mengendalikan temuduga itu tidak mendapat apa-apa bentuk latihan pun, tiada pengalaman sebagai penemuduga dan kerapkali mereka tidak membuat apa-apa persediaan pun untuk temuduga itu.

Ø      penemuduga tidak mungkin tertarik tentang sifat fizikal, berperwatakan cantik, sifat lucu dan sebagainya terhadap seseorang calon temuduga. Perkara-perkara tersebut adalah agak susah hendak diatasi walaupun oleh seorang penemuduga yang berpengalaman.

Ø      calon temuduga telah mempelajari bagaimana cara untuk menunjukkan kemahiran mereka dengan jelas, pencapaian terbaik mereka dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi syarikat.
Ø     tidak akan berlaku pertindihan keperibadian di antara penemuduga dan calon temuduga.

Ø      kedua-dua pihak tidak berhadapan dengan apa-apa masalah.

Sesetengah majikan – selalunya yang telah dikritik kerana pernah memilih calon yang salah pada masa dahulu – telah membuat satu garis panduan pengambilan pekerja yang profesional supaya dapat mengurangi dari berlakunya kesilapan. Ada waktunya prosedur ini banyak membantu dan amat berkesan dalam membuat pemilihan calon, tetapi ia tidak menjamin yang calon yang paling layak mendapat tawaran jawatan itu. Akhirnya satu analisis telah dibuat, yang pemilihan seseorang untuk mengisi sesuatu jawatan memerlukan sekurang-kurangnya seorang individu untuk membuat keputusan, dan tidak kiralah apa pun usaha yang dibuat untuk menghapuskan fikiran subjektif, sifat pilih kasih dan telah pun ada pilihan sendiri – walaubagaimanapun berusaha untuk menjauhinya. Di dalam dunia yang unggul ini, calon yang terbaik untuk sesuatu jawatan itulah yang mendapatnya; sebaliknya, kebenarannya calon yang menunjukkan prestasi terbaik semasa temuduga yang mendapat kemenangan. Pengajaran yang dapat diambil dari sini ialah :

 Ø      jangan secara otomatik menarik diri dari memohon sesuatu jawatan jika sekiranya anda dapat tahu sudah ada calon yang lebih layak ada memohon jawatan yang sama. Jika sekiranya anda berusaha untuk membuat persediaan yang secukupnya, ada kemungkinan besar anda akan menjadi calon pilihan – terutamanya apabila calon yang seorang lagi mengambil mudah dan tidak membuat apa-apa persediaan untuk menghadiri temuduga.

 Ø      jika sekiranya anda mendapat tahu anda paling layak untuk mengisi jawatan tersebut jangan sekali-kali mengambil mudah tentang temuduga itu. Hendaklah berkelakuan seperti anda sedang bersaing dengan musuh yang amat menakutkan. Ambil masa untuk membuat persediaan dengan teliti. Bukan bererti anda mempunyai pengalaman, anda telah tahu bagaimana hendak menyampaikan pendapat anda semasa menghadapi temuduga.

TIPS TEMUDUGA 2
Mitos No. 2: Temuduga adalah seperti mengambil peperiksaan di sekolah – lebih banyak anda berkata, lebih baik prestasi anda.

Benar, temuduga ada sedikit persamaan dengan peperiksaan, di mana anda diminta menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang bijak, dan di situlah persamaan itu berakhir. Tidak seperti peperiksaan, di mana banyak jawapan yang tepat diperlukan, temuduga pula adalah berbeza kerana ia memerlukan interaksi dan hubungan yang baik dan pada masa yang sama menjawab soalan dengan jelas dan bijak. Jawapan yang baik tidak perlu terlalu terperinci. Sebenarnya, jawapan yang terlalu terperinci dan panjang boleh mengganggu perhatian penemuduga, walaupun mengandungi fakta yang secara teknikalnya amatlah tepat. Mengetahui bila hendak berhenti bercakap adalah satu kemahiran yang patut ada pada semua calon temuduga. Berbeza dengan peperiksaan, dalam temuduga selalunya tidak ada jawapan yang betul atau salah. Kita adalah berbeza dan datang ke temuduga dari latarbelakang yang berbeza, beri bukti yang kukuh di atas semua tindakan anda dan bercakaplah tentang percapaian anda dengan penuh yakin.

TIPS TEMUDUGA 3
Mitos No. 3: Penemuduga tahu apa yang mereka buat.
Sesetengah penemuduga amat bijak tentang apa yang mereka lakukan, terutamanya mereka yang profesional dan menjadikannya kerja sepenuh masa(sekiranya mereka tidak letih dengan kerja). Sebaliknya, kebanyakan pengurus dan tuan punya perniagaan kecil menghadapi kesukaran kerana temuduga bukanlah kerja yang sering mereka lakukan. Sebahagian dari contoh temuduga yang tidak baik adalah :- 

Ø   mereka sahaja yang banyak bercakap
Ø   mereka kelihatan telah membuat keputusan terhadap anda dalam lima minit pertama temuduga dijalankan
Ø   mereka nampak seperti mendapatkan soalan secara rambang dari langit
Ø   telefon mereka sentiasa berdering dan dijawab semasa  sesi temuduga
Ø  mereka kelihatan tidak jujur sebagai jurujual semasa menjual kerja tersebut pada anda

 Sebahagian dari temuduga yang baik ialah:-
Ø   mereka telah pun terlebih dahulu menyediakan soalan dengan teratur
Ø  mereka ingin tahu apa yang anda buat dan bagaimana anda telah melakukannya, termasuk meminta contoh-contohnya
Ø   mereka membiarkan anda yang banyak bercakap
Ø   mereka ingin menemuduga anda lebih dari sekali
Ø   mereka sentiasa berusaha membuat anda berasa selesa
Ø  mereka secara jujurnya berminat dengan kemampuan anda, kemahiran dan suka pada sikap anda.
 
Penemuduga yang tidak berpengalaman selalunya tidak bertanyakan soalan yang tepat dan dengan mudah mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan kemampuan anda untuk menjalankan kerja. Oleh itu sekiranya anda di temuduga oleh mereka yang tidak berpengalaman, jangan tunggu untuk ditanya soalan yang baik – ataupun dibenarkan anda untuk bercakap tentang kemahiran yang menyeronokkan dan berkualiti. Ambillah sikap yang tidak terlalu menonjol dengan bercakap tentang perkara-perkara yang anda rasa mereka berminat hendak tahu. Walaubagaimanapun situasi begini tidak selalu berlaku – terutama sekali jika anda ditemuduga oleh seseorang yang bersikap paksaan begitu, jangan panik. Katakan pada diri anda temuduga hanyalah untuk menjalin hubungan yang baik, di mana ia hanyalah sesi soaljawab. Oleh itu bersetuju sahajalah, senyum dan tunjukkan sikap yang terbaik – penemuduga yang banyak bercakap suka kepada seseorang yang bersetuju dengan pendapat mereka.

TIPS TEMUDUGA 4
Mitos No. 4: Jangan sekali-kali mengatakan ”Saya tidak tahu”

Temuduga adalah berkisar tentang tanggapan yang positif dengan menjawab soalan-soalan dengan bijak dan menjalinkan hubungan yang baik dengan penemuduga. Di penghujungnya, ramai calon merasakan yang mereka hendaklah memberi jawapan yang tepat kepada setiap soalan yang dikemukakan, tanpa mengira samada benar-benar mengetahui jawapannya. Jelaslah,temuduga yang hebat adalah di mana anda dapat menjawab semua soalan  (dan anda semestinyalah dapat melakukannya seandainya anda mengambil sedikit masa untuk menyediakannya dengan betul); sebaliknya jika anda tidak mengetahui akan sesuatu jawapan, adalah lebih elok anda mengakuinya daripada berpura-pura mengetahuinya atau mula bercakap berjela-jela tanpa mengetahui kewajarannya. Kebanyakan penemuduga dapat merasakan omong kosong anda sejak mula lagi dan mereka tidak suka kerana beberapa sebab; pertama, berkemungkinan akan membuat anda kelihatan tidak jujur. Adalah lebih baik sekiranya anda tidak menghadiri temuduga sekiranya anda mempamerkan ketidakjujuran atau kebijaksanaan anda.

Percubaan anda untuk menjawab soalan yang anda tidak mahir boleh memudaratkan sesi temuduga yang sepatutnya hebat. Ini tidak bermakna yang anda tidak boleh mencuba memberi jawapan yang anda tidak pasti. Tiada salahnya anda berterus terang. Mungkin ini adalah jawapan yang anda boleh cuba:

Secara jujurnya saya katakan yang saya tidak berapa mahir dalam bidang ini, walaupun saya amat meminatinya. Sekiranya tidak menjadi keberatan, saya ingin mencuba untuk menangani isu tersebut, sekiranya tuan tidak mengharapkan jawapan yang tepat.
atau:

Saya ingin menjawab soalan tersebut, tetapi terus-terang saya katakan ini adalah bukan bidang yang saya mahir, walaupun saya amat meminati untuk menambahkan pengetahuan saya mengenainya.

TIPS TEMUDUGA 5
Mitos No. 5: Orang yang berketerampilan mendapat kerja
Saya jangkakan sekiranya jawatan tersebut adalah untuk mereka-mereka yang anggun bergaya habis seperti di dalam layar perak, jadi mereka yang berketerampilan begitu amat membantu, tetapi bagi kebanyakan jawatan lain keterampilan anda tidaklah memberi kesan. Seperti yang telah dibincangkan, memang terdapat majikan yang tidak berpengalaman akan menawarkan kerja kepada seseorang berdasarkan faktor luaran, tetapi kebanyakan majikan adalah bijak memilih. Anggapan yang mereka yang berketerampilan atau anggun lebih mudah mendapat kerja dari mereka yang biasa-biasa adalah satu anggapan yang salah – bahawa majikan menggemari keterampilan seseorang melebihi mata pencarian mereka. Semua pengalaman saya telah mengajar saya sebaliknya. Kebanyakan perniagaan berada dalam suasana persaingan yang hebat dan majikan amat prihatin bahawa kesilapan dalam memilih pekerja adalah amat mahal.

Ini tidak bermakna bahawa keterampilan dan kebijaksanaan seseorang adalah tidak mustahak. Adalah amat penting anda berpakaian yang segak atau bersesuaian dan cuba sedaya upaya untuk menonjolkan semua kualiti mesra anda. Penampilan yang baik memanglah dipandang hebat di dalam temuduga, tetapi bukannya penampilan yang bersesuaian dan mesra.

TIPS TEMUDUGA 6
Mitos No. 6: Kalau jawapan anda adalah lebih baik dari yang lain, anda akan ditawarkan kerja

 Kebolehan untuk menjawab dengan terang dan jelas semasa ditemuduga amatlah mustahak, dan kegagalan untuk berbuat demikian bermakna anda tidak akan berjaya mendapat tawaran kerja. Walaubagaimanapun, temuduga – seperti yang telah kita lihat – adalah lebih dari hanya menjawab dengan betul dan tepat. Ia juga berkisar tentang meyakinkan penemuduga yang anda adalah seorang yang mesra untuk bekerja. Dengan lain perkataan, ia tidak memberi apa-apa faedah berapa baik jawapan anda secara teknikalnya, seandainya penemuduga tidak menggemari anda, anda tidak akan berpeluang mendapat tawaran pekerjaan (kecuali bakat anda adalah hebat, amat sukar di temui  ataupun penemuduga itu adalah tersepit).

Jadi elaklah daripada berfikiran bahawa temuduga adalah dengan memberi jawapan yang betul. Temuduga juga adalah tentang menzahirkan hubungan silatulrahim yang baik dan kepercayaan, dan di samping tiada cara yang selamat di dalam hal ini, terdapat perkara-perkara yang anda boleh lakukan (dan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan) yang boleh membawa anda lebih jauh untuk memperbaiki kemahiran anda di dalam semua aspek temuduga.

TIPS TEMUDUGA 7
Mitos No. 7: Anda mesti mencuba menjawab dengan tepat.

Saya ada terdengar ada orang yang terperangkap dengan percakapan sendiri, mengulangi sesuatu beberapa kali dan bercakap perkara yang sama kerana ingin mencuba untuk memberi jawapan yang terbaik.—ataupun mereka memikirkan  mereka dapat memberi jawapan yang tepat. Sesetengah orang terlalu obses terhadap memperolehi jawapan yang tepat dan mereka mencuba tanpa henti sehingga pada pandangan mereka telah mendapat maklumbalas yang terbaik dari penemuduga. 

Tetapi kita tidak akan dapat memastikan apa sebenarnya yang ingin didengari oleh penemuduga, kebanyakan kita terus bercakap dengan harapan dapat melitupi setiap ruang yang ada. Masalahnya dengan cara yang sebegitu, kita akhirnya telah bercakap terlalu banyak, di mana mungkin mengakibatkan penemuduga hilang tumpuan dan oleh sedemikian, di situ mungkin berakhirnya temuduga anda.Sebenarnya dalam kebanyakan kes tidak pernah ada jawapan yang tepat. Pengajarannya di sini ialah: ada banyak faktor yang membawa kepada jawapan yang baik, iaitu kita hendaklah memberi jawapan yang terus kepada tajuk yang dibincangkan dan tidak berlegar-legar tanpa tujuan untuk mencari jawapan yang tepat. 

TIPS TEMUDUGA 9
Mitos No. 9: Relaks dan jadilah diri anda sendiri

Adalah penting untuk relaks dan tunjukkan kebaikan anda, adalah juga penting untuk memahami yang temuduga bukanlah perjanjian sosial. Kebanyakan temuduga adalah peristiwa yang tersusun di mana kenyataan yang tidak menimbulkan kemarahan adalah tidak diterima. Ringkasnya, menjadi diri sendiri mungkin akan membawa malapetaka (satu perkataan yang bercanggah). Misalnya, menjadi diri sendiri bermaksud menyandar pada kerusi, berpakaian compang-camping dan berkelakar, anda akan menyedari bahawa anda menghadiri beberapa temuduga. Sementara penemuduga suka mereka yang relaks, mereka juga mempunyai anggapan yang dijangkakan tentang kelakuan yang bersesuaian untuk menghadiri sesuatu temuduga – dan anda menyalahgunakan anggapan tersebut untuk membahayakan anda!

TIPS TEMUDUGA 10
Mitos No. 10: Penemuduga mencari kecelaan

Mitos yang berbahaya ini akan membawa para penemuduga untuk mengamalkan sikap mempertahankan diri, mungkin juga kecurigaan semasa menemuduga. Sekiranya anda percaya yang penemuduga anda sedang tekun mencari kecelaan anda, besar kemungkinannya  akan melemahkan percubaan anda untuk membentuk  hubungan erat dan kepercayaan yang penting. ia juga boleh menghalang anda untuk terbuka dan memberi jawapan yang baik. Percayalah bahawa kebanyakan tidak menyediakan soalan-soalan dengan harapan untuk mencari kecelaan anda. Soalan-soalannya selalunya sudah disiapkan dengan harapan untuk memberi gambaran keseluruhan secara mendalam tentang apa yang si penemuduga boleh menyumbang kepada syarikat. Seorang penemuduga yang baik akan dapat menyingkap kelemahan anda tetapi ianya amatlah jauh berbeza dengan apa yang anda fikir bahawa penemuduga hanya mencari jawapan yang menampakkan kecelaan anda.
Ia amatlah mustahak untuk menganggap tiap-tiap soalan itu adalah satu peluang untuk menyerlahkan diri anda daripada bersifat untuk melindungi yang tidak perlu. Ia hanyalah untuk menjawab soalan-soalan untuk menunjukkan betapa bagusnya anda. Menganggap yang soalan-soalan tersebut adalah objek syak-wasangka tidak akan masuk akal langsung.
Memahami mitos di persekitaran temuduga akan memberi permulaan yang baik. Ingatlah, temuduga adalah sama dengan usaha dalam hidup: memahaminya secara mendalam adalah baik untuk membantu anda mencapai kejayaan. Pemahaman secara mendalam tentang mitos di dalam temuduga akan memberi anda satu senjata dengan informasi yang anda perlukan untuk mengelak diri anda daripada terjerumus ke dalam perangkap yang mengecewakan. Sama pentingnya, satu gambaran yang jelas tentang temuduga akan membuat anda lebih bersedia dan dapat menyumbangkan keyakinan dan persembahan anda.

KUNCI TEMUDUGA
Ringkasan kata-kunci tips temuduga

*      Orang yang terbaik untuk sesuatu jawatan bukan bermakna akan memenanginya – selalunya adalah mereka yang memberi temuduga yang terbaik akan memenanginya.

*      Temuduga adalah lebih kerap untuk memberi jawapan teknikal yang tepat. Ia juga adalah untuk membina silaturahim yang rapat.

*      Bukan semua penemuduga tahu apa yang mereka kehendaki; tugas anda adalah untuk mengetahui bagaimana untuk mengawal penemuduga yang baik dan tidak.

*      Adalah lebih baik anda bersikap jujur dan mengaku tidak mengetahui daripada cuba berlagak pandai tetapi berakhir dengan kebodohan dan tidak cerdik anda.

*      Mereka yang kelihatan kemas dan segak akan mendapat pekerjaan - mungkin di dalam layar perak Holywood, tetapi secara keseluruhannya, majikan adalah lebih menginginkan bakat daripada faktor luaran.

*      Percubaan untuk memberi jawapan yang tepat boleh menyebabkan masalah buat anda. Adalah lebih baik dengan memberi jawapan yang baik dan bertepatan daripada terkapai-kapai mencari jawapan yang tepat; kerana lazimnya tiada jawapan yang tepat di sana.

*      Jangan bertanya soalan hanya untuk menyoal. Bertanyalah sekiranya anda benar-benar ingin jawapannya yang belum disentuh semasa temuduga.

*      Temuduga adalah peristiwa biasa memerlukan kelakuan yang biasa. Penemuduga akan beranggapan begitu dan boleh beranggapan secara negatif sekiranya mereka tidak nampak begitu.

*      Penemuduga tidak akan membazirkan masa mencari kecelaan anda. Mereka lebih berminat untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang siapa anda. Elak dari menjawab soalan yang mempertahankan diri. Adalah lebih baik anda berfikiran bahawa setiap soalan itu akan memberi anda peluang untuk menyerlahkan diri anda.
 (sumber dari sini)


Boleh dikatakan semua orang akan menulis resume dengan bersandarkan contoh-contoh resume yang ada di internet mahupun resume kenalan anda. Tetapi tahukah anda dengan hanya menulis resume tanpa strategi yang menarik dan mampu memikat, ia sebenarnya adalah satu masalah. 

Masalah yang saya maksudkan ini adalah resume yang dihasilkan mungkin mendatar sahaja. Tiada elemen-elemen memikat. Hanya biasa-biasa saja. Kata orang, tiada x-factor.

Contoh mudah adalah seperti “menyanyi”. Saya percaya ramai di antara anda yang boleh menyanyi dengan baik dan sedap didengar. Ini bermakna anda bernanyi dengan nod yang betul. Ada yang tinggi dan ada yang rendah. 


Kepelbagaian nod dan intonasi dalam nyanyian mampu buatkan sesebuah lagu itu sedap didengar. Bak kata juri, ada dinamik. Cuba anda nyanyi satu lagu tanpa mengikut liuk-lentok iramanya. Atau dalam erti kata lain mendatar sahaja. Pastinya orang akan cakap bilalah dia ni nak habis menyanyi. Kalau lagu tak sedap, rasa macam lama aja. Huhuhu...

Sekarang, saya kaitkan pula dengar penulisan resume anda. Penulisan resume tanpa perancangan akan menghasilkan satu resume yang mendatar. Gagal menarik perhatian bakal majikan yang melihatnya nanti. Mungkin anda seorang sahaja yang tertarik kepada resume anda. 

Di sini, misi anda adalah untuk mendapatkan pekerjaan pertama anda. Sebelum anda diterima bekerja di sesebuah organisasi, anda perlulah mempromosikan diri anda sehabis baik agar bakal majikan berminat dengan anda. Segala yang hebat tentang diri anda seperti pencapaian anda memerlukan teknik penulisan yang betul untuk menarik perhatian bakal majikan.

Ramai di antara kita yang menulis resume hanya menulis mengikut perspektif diri sendiri. Tidak salah jika anda menulis sebegini tetapi misi anda adalah buatkan bakal majikan tertarik dengan diri anda untuk diterima bekerja. 
Jadi, lebih baik jika anda menulis resume yang memenuhi kemahuan pihak syarikat. Ini bermakna anda menulis satu resume yang ada sasaran. Ia berbeza jika anda terus sahaja menulis resume tanpa memikirkan aspek keperluan majikan. Penulisan resume sebegini hanya akan memberi kepuasan kepada diri anda sahaja bukan kepada bakal majikan. Jadi, agak susah untuk resume anda dipilih ke temuduga.

Anda perlu mengetahui tentang syarikat yang bakal anda mohon. Apabila anda mengetahui sedikit sebanyak tentang syarikat tersebut maka mudahlah bagi anda menulis resume mengikut keperluan syarikat itu sendiri. Walaupun anda cuba untuk memenuhi keperluan syarikat di dalam resume anda, pastikan jangan anda unsur-unsur penipuan. 

Anda mesti jujur dalam penulisan resume. Sebagus mana pun resume anda, tetapi jika ada unsur penipuan, anda mungkin akan mengundang perspektif negatif bakal majikan. Lebih teruk lagi jika resume anda berjaya terpilih untuk ditemuduga nanti.

"Kantoinya berkali-kali ganda"

Kesimpulannya, lakukan kajian tentang kemahuan syarikat tempat anda memohon kerja terlebih dahulu. Kemudian barulah penuhi kemahuannya melalui resume anda. 

Contohnya seperti menjawab ujian ‘Open book’ – Anda baca semua soalan terlebih dahulu kemudian baru cari jawapan di dalam buku. Anda dah tahu kemahuan setiap soalan, jadi tugas anda adalah mencari jawapan untuk soalan tersebut. Cara beginilah bagaimana resume anda mampu memikat bakal majikan anda.

Betul tak?

Soalan Trik: Ceritakan Kelemahan Diri Anda

Sudah menjadi lumrah dalam temuduga sekiranya anda ditanya soalan trik yang 'rumit' untuk dijawab. Post kali ini memfokuskan berkenaan cara menjawab soalan "Ceritakan Kelemahan Diri Anda".

Soalan ini biasanya ditanya ketika hampir di penghujung sesi temuduga, dimana penemuduga menggunakan soalan ini untuk mengetahui dan menguji daya pemikiran kreatif calon temuduga.

Calon yang tidak berpengalaman kebiasanyaannya akan:
  1. Menjadi gugup,gementar dan mengambil masa yang panjang ataupun tidak berupaya untuk menjawab soalan ini dalam masa yang singkat.
  2. Menceritakan perihal keburukan diri yang boleh mengakibatkan panel penemuduga mengambil jalan singkat untuk mengenepikan permohonan calon tersebut.
  3. Cuba untuk mengelak dari menjawab soalan berikut dengan menanyakan soalan balas kepada penemuduga untuk melengahkan jawapan.
Tips untuk menjawab soalan ini:

1. Ceritakan kelemahan yang boleh memberikan impak positif
Bagaimana? Dengan menceritakan minat ataupun kemahiran anda yang secara tidak langsung memberikan kesan terhadap persekitaran anda. Contoh:

Sample jawapan1
 "Menjawab kepada soalan tuan, apa yang saya dapat lihat pada diri saya adalah, apabila saya mula menumpukan perhatian terhadap sesebuah task, saya dapati sukar untuk saya berhenti, sampai balik rumah pun saya terbayang-bayangkan task tersebut".

Sample Jawapan 2
"Saya memang seorang yang people person dan ceria, sampaikan kadang-kadang saya rasa saya terlebih spend masa dgn client, semata-mata nak entertain client tersebut."


2. Ceritakan kelemahan yang tidak berkait-rapat dengan kerja
Satu lagi cara adalah dengan menceritakan kelemahan yang langsung tidak berkaitan dengan pekerjaaan yang dipohon. Bergantung juga kepada panel penemuduga, kadangkala calon termuduga boleh menggunakan peluang ini untuk mengubah mood kepada mood yang lebih ceria dengan sedikit humor.

Sample Jawapan:

"Kelemahan diri saya yang utama sekalui -- saya tak ada bakat langsung dalam masakan, pernah sekali saya cuba nak save budget makan dalam apartment. Saya cuba untuk buat ikan kering masak asam, tapi bila je saya masukkan cili dalam belanga, terus keluar asap berkepul sampai alarm kebakaran berbunyi.... apa lagi panik terus. Keluar je rumah, jiran2 dah berkumpul sebab diaorang ingatkan ada kebakaran... sejak tu saya dah tak berani nak cuba-cuba nak explore masak lagi."

Perhatikan sample jawapan tersebut tidak mencerminkan langsung kelemahan calon dalam melaksanakan tugas (kecuali sekiranya memohon dalam bidang masakan!). Peluang menceritakan pengalaman sebegini boleh menjadi bahan jenaka dan humor untuk mengurangkan rasa stress dikalangan panel penemuduga. Selain itu, ia turut memberikan impresi bahawa anda merupakan people person dan pandai berkomunikasi.

Anda boleh juga menggunakan pengalaman lain seperti pengalaman anda melukis, berenang, membaiki kereta dan sebagainya yang menunjukkan anda mungkin tidak berbakat dalam sesuatu bidang, tp arif dan berkompetensi dalam bidang pekerjaan yang anda pohon.

Semoga berjaya!!

4 comments

wahhh , tq qaseh paling takut bab temuduga rasa nak trkucil kecik besar sume ade haha

thanks a lot.mmg sgt brmanfaat.byk tips yg saya dapat.alhamdulillah.

Oo..ok sy dah fhm..blh ikut cara ni..;) tq for info ya..

Agak jelas penerangannya..klu x lulus temuduga juga x tahu lah.